Saturday, October 31, 2009

Chillipeppers & Jualan Murah

Hari tok Sabtu, 31 Oktober 2009, kedak biasa lah ujung-ujung minggu aku sekeluarga keluar berjalan-jalan. Target ari tok singgah di Satok. Time berjalan lekak ngemas rumah dekat-dekat tengahari, perut lapar alu singgah di Chilipeppers Satok Jalan Rubber. Pehh... makanan di sitok nang best-best. Nyaman juak kata.
Dalam banyak-banyak menu yang disenarai, aku pilihlah Mi Kolok kerin. Sama juak bini aku. Dhiya pilih Roti Canai. Roti canainya nang nyaman. Lembut rotinya. Mi Kolok pun nyaman. Dah lah banyak. Puas hatilah.


Dah kenyang makan tek, alu lah ke Bangunan Satok. Di sitok ada jualan separuh harga. Nang murah gila-gila eh... Mana yang kaki shopping, nang ranjang mata.


Zon bahagian kekuning-kuningan tok adalah zon harga runtuh.

Thursday, October 29, 2009

Karnival Gerai Niaga POLIKU

Pada hari tok 29 Oktober 2009, Karnival Gerai Niaga 2009 anjuran Jabatan Perdagangan berlangsung selama 2 hari. Para pelajar dari Jabatan Perdagangan sibuk dengan jualan mereka. Kebanyakkan mereka menjual makanan yang mudah untuk disediakan seperti makanan ala Western Food, Nasi Lemak, Jus Buah-buahan, Ice Pop dan bermacam-macam lagi. Ada juga beberapa buah gerai yang menjual barang-barang bundle, HPA, Avon dan Redtone.


Toklah antara makan yang menjadi pilihan aku. Ayam panggang sidak polah nang nyaman. Cukup rasa.


Tok lah antara barisan Ahli Jawatankuasa penganjur Karnival Gerai Niaga POLIKU 2009. Selebihnya gambar-gambar di dibah tok kitak orang diatlah kedirik. Layan...






















Wednesday, October 28, 2009

Keta Teng Singgah Di Poliku

Ingat sik masa kecik-kecik dolok marek bila ajak keta dak askar limpas atau lalu jak di jeraya, adalah kita gago melompat-melompat melambai sidak nya. Teringin lah nak jadi askar, teringin lah nak ngembak keta "Teng". Nah, ari tok aku dah tercapai impian masuk dalam keta Teng. Apa agik... nang bergaya eksen lah aku bila begambar. Biar sik tercapai drebar asalkan dapat ncerik masuk dalam keta Teng.


Hari tok 28 Oktober 2009, pasukan Askar Briged POLIKU menganjurkan program Pameran Ketenteraan. Nang ramei dak bala-bala POLIKU diat pameran. Nang bergambar sakan.






Monday, October 26, 2009

Gotong Royong Memasak di Masjid Al-Muhandisin

Pada 4 September (14 Ramadhan 1430H), aktiviti gotong-royong memasak untuk dijamukan kepada ahli jemaah Masjid Al-Muhandisin POLIKU bersempena sambutan bulan Ramadhan. Antara menunya ialah:
1. Ayam masak merah
2. Dal Char
3. Sup Tulang
4. Sirap Selasih

Nang nyaman masakan. Siapa tukang masaknya? Sendirik diat lah... gambar di dibah tok.









Kempen Mengumpul Pakaian Terpakai

Bermula 10 Ogos 2009 sehingga 1 September 2009, Biro Kebajikan Baksri telah melancarkan satu kempen mengumpul barang/pakaian terpakai. Kempen ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga POLIKU. Barang/pakaian terpakai yang terkumpul tersebut diserahkan kepada Hikmah untuk diagihkan kepada fakir miskin.









Kutipan Derma Ikhlas Untuk Pembinaan Surau

Biro Kebajikan Baksri telah mengadakan satu program/aktiviti iaitu Kutipan Derma Ikhlas Untuk Pembinaan Surau. Jawatankuasa Pembangunan Surau Desa Guru telah menghantar surat kepada Baksri untuk membantu mereka menjayakan program Amal Jariah iaitu projek membina surau di kawasan kediaman Desa Guru. Program mengutip derma ikhlas ini telah bermula untuk seluruh POLIKU pada 17 Jun 2009 dan berakhir pada 19 Jun 2009.



Hasil kutipan derma ikhlas yang berjaya dikumpul ialah berjumlah RM1,306.60 dan sejumlah wang tersebut diserahkan kepada Encik Awang Hairil Benjamin yang merupakan wakil Ahli Jawatankuasa Pembangunan Surau Desa Guru.



Baksri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh Umat Islam POLIKU dalam menjayakan program ini.

Majlis Malam Salam Perpisahan

Pada 29 Mei 2009, Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi, Politeknik Kuching Sarawak (Baksri) telah menganjurkan Majlis Malam Salam Perpisahan yang bertempat di Pan View Hotel. Majlis tok khas ditujukan kepada Pengarah dan Timbalan pengarah serta ahli-ahli Baksri nok berpindah dari Politeknik. Diat ajak gambar di dibah:

















Friday, October 23, 2009

Majlis KOMBO

Majlis KOMBO telah berlangsung pada hari Selasa, 10 Februari 2009 yang bertempat di Kafeteria Lama Politeknik Kuching Sarawak. Majlis KOMBO adalah singkatan kepada:



1. Majlis Mengalukan Kehadiran Kakitangan Pentadbiran Yang Baru
2. Majlis Ucap Tahniah dan Pemberian Hadiah
3. Majlis Ucap Tahniah Kepada Ahli Baksri Yang Berkahwin
4. Majlis Penyampaian Sumbangan Ikhlas
5. Majlis Salam Perpisahan Kepada Ahli Baksri Yang Berpindah

Para tetamu khas (VIP) telah dijemput untuk menghadiri Majlis KOMBO ini iaitu antaranya:





1. Encik Dzulkifli Bin Ismail
2. Tuan Haji Khamis Bin Mahdi
3. Puan Shamsuria Binti Mohammad Ariffin
4. Encik Saidi Bin Japari
5. Encik Abdullah Latep Bin Hj. Mustapha
6. Cik Wahidah Binti Anuar
7. Encik Saili @ Suhaili Bin Bohari
8. Encik Mahathir Bin Mohd Kamin

Dengan kehadiran mereka ini, Majlis KOMBO menjadi semakin meriah.

Didalam ucapan Pengerusi Baksri, Encik Tamam Mahidi dan dalam ucapan Penaung Baksri, Encik Dzulkifli Ismail telah mengalu-alukan kedatangan Kakitangan Pentadbiran yang baru yang juga merupakan Ahli Baksri yang baru. Berikut disenaraikan Ahli Baksri yang baru:



1. Cik Rusmiati Binti Jemain
2. Cik Juanna Ak Jemmery Bruang
3. Cik Ridayah bt. Man
4. Cik Norinie Abdul Karim
5. Cik Magretta Jawai ak. Nyanggau
6. Cik Juana ak. Jemmery Bruang
7. Puan Elizabeth Glynis ak. Sumor
8. Puan Angeline Choo Mei Li
9. Puan Karmila bt. Nordin
10. Encik Awang Khairil Benjamin
11. Encik Sahraizad b Mohd Sarid
12. Encik Dominic Nicholas Puji
13. Encik Peter ak. Boniface Chandan
14. Encik Sahraizad bin Md. Sarid
15. Encik Tan Khern Wee

Semoga dengan kehadiran Ahli Baksri yang baru ini akan membawa arus perubahan yang dinamik kepada Baksri.

Ucap tahniah juga ditujukan khas kepada Ahli Baksri atau isteri yang selamat melahir dan menimang cahaya mata. Pemberian berupa hadiah dan hamper telah diberikan kepada:

1. Puan Silvia Joseph
2. Puan Layam Engkasan
3. Puan Margret Jenang
4. Puan Zaleha Sajis
5. Puan Aspakhairulnisa Ahmad
6. Isteri Encik Michael Lagang
7. Isteri Encik Sabri Jelihi
8. Isteri Encik Zaini Bakawi

Semoga dengan kehadiran cahaya mata dalam hidup kalian akan membawa berkat dan rezeki yang meluah-luah.

Pemberian hamper telah diberikan juga kepada Ahli Baksri yang sudah melangsungkan perkahwinan iaitu kepada Encik Mohamad Sabri Iskandar.

Satu kutipan derma segera (derma kilat) telah dilangsungkan pada 9 Februari 2009 yang mana kutipan tersebut hanya dilakukan pada Ahli Baksri sahaja. Hasil kutipan derma ini akan disalurkan kepada Encik Abdul Rahman Ghazali untuk membantu sedikit beban beliau di mana kos untuk menanggung rawatan susulan anak beliau ke Hospital Kuala Lumpur adalah tinggi.





Dua orang Ahli Baksri iaitu Encik Bong Kuek Onn dan Encik Mohammad Ali Edmund Lee, akan berpindah dan bekerja di tempat yang baru. Encik Bong akan berpindah ke salah satu jabatan di Simpang Tiga, Kuching manakala Encik Ali akan berpindah ke Putrajaya. Hadiah sumbangan juga diberikan kepada mereka.