Friday, October 23, 2009

Majlis KOMBO

Majlis KOMBO telah berlangsung pada hari Selasa, 10 Februari 2009 yang bertempat di Kafeteria Lama Politeknik Kuching Sarawak. Majlis KOMBO adalah singkatan kepada:



1. Majlis Mengalukan Kehadiran Kakitangan Pentadbiran Yang Baru
2. Majlis Ucap Tahniah dan Pemberian Hadiah
3. Majlis Ucap Tahniah Kepada Ahli Baksri Yang Berkahwin
4. Majlis Penyampaian Sumbangan Ikhlas
5. Majlis Salam Perpisahan Kepada Ahli Baksri Yang Berpindah

Para tetamu khas (VIP) telah dijemput untuk menghadiri Majlis KOMBO ini iaitu antaranya:





1. Encik Dzulkifli Bin Ismail
2. Tuan Haji Khamis Bin Mahdi
3. Puan Shamsuria Binti Mohammad Ariffin
4. Encik Saidi Bin Japari
5. Encik Abdullah Latep Bin Hj. Mustapha
6. Cik Wahidah Binti Anuar
7. Encik Saili @ Suhaili Bin Bohari
8. Encik Mahathir Bin Mohd Kamin

Dengan kehadiran mereka ini, Majlis KOMBO menjadi semakin meriah.

Didalam ucapan Pengerusi Baksri, Encik Tamam Mahidi dan dalam ucapan Penaung Baksri, Encik Dzulkifli Ismail telah mengalu-alukan kedatangan Kakitangan Pentadbiran yang baru yang juga merupakan Ahli Baksri yang baru. Berikut disenaraikan Ahli Baksri yang baru:



1. Cik Rusmiati Binti Jemain
2. Cik Juanna Ak Jemmery Bruang
3. Cik Ridayah bt. Man
4. Cik Norinie Abdul Karim
5. Cik Magretta Jawai ak. Nyanggau
6. Cik Juana ak. Jemmery Bruang
7. Puan Elizabeth Glynis ak. Sumor
8. Puan Angeline Choo Mei Li
9. Puan Karmila bt. Nordin
10. Encik Awang Khairil Benjamin
11. Encik Sahraizad b Mohd Sarid
12. Encik Dominic Nicholas Puji
13. Encik Peter ak. Boniface Chandan
14. Encik Sahraizad bin Md. Sarid
15. Encik Tan Khern Wee

Semoga dengan kehadiran Ahli Baksri yang baru ini akan membawa arus perubahan yang dinamik kepada Baksri.

Ucap tahniah juga ditujukan khas kepada Ahli Baksri atau isteri yang selamat melahir dan menimang cahaya mata. Pemberian berupa hadiah dan hamper telah diberikan kepada:

1. Puan Silvia Joseph
2. Puan Layam Engkasan
3. Puan Margret Jenang
4. Puan Zaleha Sajis
5. Puan Aspakhairulnisa Ahmad
6. Isteri Encik Michael Lagang
7. Isteri Encik Sabri Jelihi
8. Isteri Encik Zaini Bakawi

Semoga dengan kehadiran cahaya mata dalam hidup kalian akan membawa berkat dan rezeki yang meluah-luah.

Pemberian hamper telah diberikan juga kepada Ahli Baksri yang sudah melangsungkan perkahwinan iaitu kepada Encik Mohamad Sabri Iskandar.

Satu kutipan derma segera (derma kilat) telah dilangsungkan pada 9 Februari 2009 yang mana kutipan tersebut hanya dilakukan pada Ahli Baksri sahaja. Hasil kutipan derma ini akan disalurkan kepada Encik Abdul Rahman Ghazali untuk membantu sedikit beban beliau di mana kos untuk menanggung rawatan susulan anak beliau ke Hospital Kuala Lumpur adalah tinggi.





Dua orang Ahli Baksri iaitu Encik Bong Kuek Onn dan Encik Mohammad Ali Edmund Lee, akan berpindah dan bekerja di tempat yang baru. Encik Bong akan berpindah ke salah satu jabatan di Simpang Tiga, Kuching manakala Encik Ali akan berpindah ke Putrajaya. Hadiah sumbangan juga diberikan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment