Friday, October 23, 2009

Kempen Kutipan Derma NSTP Fund For Gaza

Tujuan utama tabung derma ikhlas ini diwujudkan ialah untuk membantu rakyat Palestin terutamanya di Gaza.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, perbalahan atau perperangan di Semenanjung Gaza, Palestine telah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Negara Yahudi Israel telah melancarkan perang di Semenanjung Gaza sehinggakan mengorbankan banyak nyawa orang awam terutamanya anak dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Akibat daripada tindakan kejam Negara Yahudi Israel tersebut telah membuka mata dunia dan mendapat kecaman hebat daripada masyarakat dunia sehinggakan Negara Yahudi Israel tersebut dilabelkan ‘Negara Pengganas’.

Berdasarkan fakta dan gesaan masyarakat dunia maka bermacam-macam cara yang telah diambil dan dilaksanakan untuk membantu rakyat Palestine di Gaza seperti gesaan gencatan senjata, pemboikotan produk Israel dan sekutunya dan menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Oleh yang demikian, Politeknik Kuching Sarawak ingin turut serta untuk sama-sama membantu meringankan beban rakyat Palestine di Gaza berupa bentuk ‘Sumbangan Derma Ikhlas’ yang dilancarkan secara besar-besaran atau menyeluruh di Politeknik Kuching, Sarawak. Tabung derma diwujudkan dan diagih-agihkan kepada semua jabatan di Politeknik Kuching, Sarawak. Ketua Jabatan memaklumkan kepada anak buahnya berkenaan dengan kutipan derma ikhlas tersebut

Lapan (7) buah tabung diwujudkan dan diagihkan ke setiap jabatan dan masjid yang ada di Politeknik Kuching, Sarawak iaitu;

1. Jabatan Pentadbiran
2. Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK)
3. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK)
4. Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK)
5. Jabatan Perdagangan (JP)
6. Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
7. Jabatan Pengajian AM (JPA)
8. Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)

Tempoh kutipan derma bermula pada 19 Januari 2009 dan berakhir pada 5 Februari 2009. Hasil kutipan derma tersebut diserahkan kepada NSTP berbentuk tunai seperti maklumat di bawah:
Program : NSTP FUND FOR GAZA
Alamat : New Straits Times Sdn. Bhd. (NSTP)
Lot 8130, Seksyen 64,
104 Jalan Datuk Abang Abdul Rahim,
93450 Kuching, Sarawak.

Pada 4 Februari 2009, kesemua tabung tersebut telah dikumpul untuk proses pengiraan jumlah kutipan. Hasil yang diperolehi ialah RM1,260.05 (Seribu Dua Ratus Enam Puluh dan Lima Sen). Kerja-kerja penghitungan telah dilakukan oleh semua AJK Kebajikan dengan disaksikan oleh Pengerusi dan Bendahari Baksri bertempat di Makmal Sains. Hasil tersebut telah dibentangkan kepada Penaung Baksri atau Pengarah, Politeknik Kuching Sarawak dan telah disahkan oleh beliau.



Pada 6 Februari 2009, Baksri wakil dari Politeknik Kuching Sarawak telah pergi ke pejabat NSTP untuk menyerahkan wang tersebut. Jumlah wang yang dihantar ialah berjumlah RM1,260.05 (Seribu Dua Ratus Enam Puluh dan Lima Sen).

RM 1 = 229 keping (RM229.00)
RM 5 = 23 keping (RM115.00)
RM 10 = 41 keping (RM410.00)
RM 50 = 10 keping (RM500.00)
Syiling = (RM6.05)

Program ini adalah satu-satunya program kemanusiaan yang mana membantu sesama insan. Program ini akan menjadi tanda bahawa Politeknik Kuching mengambil berat tentang isu-isu semasa yang mana memerlukan khidmat bantuan. Kita tidak mampu untuk ikut serta secara langsung untuk menyelesaikan masalah perang yang berlaku di Gaza, Palestine. Oleh yang demikian, apa yang kita mampu buat untuk membantu rakyat Gaza di Palestine ialah menghulurkan bantuan kewangan atau dana. Dengan harapan agar bantuan kecil tetapi ikhlas ini akan dapat meringankan beban rakyat di Gaza, Palestine.

No comments:

Post a Comment