Wednesday, November 28, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Zig Zag Pro

Pada malam Selasa 27 November 2012, 1 Team Strike & Spare telah berjaya memungut mata kemenangan iaitu 13 - 7.  Pada awal perlawanan memang agak sengit dan corak permainan kita agak hambar.  Namun pada game ke 2 dan ke 3, semangat geng-geng bangkit semula.  Pemain yang turun beraksi pada malam tersebut adalah:
  1. Mohd Huzaimi
  2. Khairul Amilin
  3. Engku Shahrulerizal
  4. Mohd Noor Alhafizh
Ketika semangat bangkit membara, ramai yang mendapat habuan.  Milin bermain cemerlang pada game ke 3.  Akibatnya beliau mendapat Bungkusan Tongkat Ali (4 bagger) dan air kotak besar (Turkey).  Dell pula berjaya mendapat Bungkusan Tongkat Ali (4 bagger) dan RM1.00 (Double Strike).  Huzaimi mendapat RM2.00 (Double Strike) dan Shahrul mendapat RM1.00 (Double Strike).  Tahniah 1 Team.  You all the best dude...


No comments:

Post a Comment