Monday, October 26, 2009

Kutipan Derma Ikhlas Untuk Pembinaan Surau

Biro Kebajikan Baksri telah mengadakan satu program/aktiviti iaitu Kutipan Derma Ikhlas Untuk Pembinaan Surau. Jawatankuasa Pembangunan Surau Desa Guru telah menghantar surat kepada Baksri untuk membantu mereka menjayakan program Amal Jariah iaitu projek membina surau di kawasan kediaman Desa Guru. Program mengutip derma ikhlas ini telah bermula untuk seluruh POLIKU pada 17 Jun 2009 dan berakhir pada 19 Jun 2009.



Hasil kutipan derma ikhlas yang berjaya dikumpul ialah berjumlah RM1,306.60 dan sejumlah wang tersebut diserahkan kepada Encik Awang Hairil Benjamin yang merupakan wakil Ahli Jawatankuasa Pembangunan Surau Desa Guru.



Baksri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh Umat Islam POLIKU dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment