Monday, October 8, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Brother Geng 2

Pada perlawanan menentang Brother Geng 2 yang mana salah satu kumpulan "Label Merah", kita 1 Team Strike & Spare telah berjaya memperolehi kemenangan dengan kutipan mata 13.5 berbalas 6.5.  Alhamdulillah dengan semangat berpasukan yang jitu kita berjaya mengalahkan mereka.  Barisan pemain yang beraksi pada perlawanan tersebut adalah:
  1. Mohd Noor Alhafizh
  2. Khairil Fazly
  3. Khairul Amilin
  4. Engku Shahrulerizal
Mohd Noor Alhafizh telah bermain cemerlang dengan mengaut banyak habuan iaitu beliau mendapat 1 tin biskut besar dan 3 air kotak besar.  Bermakna beliau mendapat sekali "bagger" dan 3 kali "turkey".  Engku Shahrulerizal pula mendapat sekotak air besar kerana mendapat sekali turkey.  Untuk "double strike" pula, Khairil Fazly berjaya mengumpul RM3.00, Khairul Amilin mendapat RM1.00 dan Engku Shahrulerizal mendapat RM1.00.  Bukan itu sahaja, mereka ini juga mendapat "Beer Frame" maka dapat lah seorang satu paket Milo daripada pihak Crystal Bowl.  Tahniah dan Syabas geng...!!!



No comments:

Post a Comment