Friday, October 23, 2009

Kempen Kutipan Derma Membantu Mangsa Banjir




Pada 11 Januari 2009, telah berlaku banjir kilat di beberapa kawasan, daerah dan Bandar di Sarawak. Penduduk yang mendiami kawasan tanah rendah dan berhampiran dengan sungai dan laut pasti akan dilanda bah. Banjir yang berlaku mendadak telah menyebabkan banyak kerosakkan harta benda. Ramai penduduk terpaksa dipindahkan di kawasan tanah tinggi seperti di sekolah-sekolah dan juga dewan-dewan.

Akibat daripada banjir tersebut, banyak golongan seperti persatuan-persatuan, unit keselamatan dan VIP turun padang memberi khidmat pertolongan. Bomba, Angkatan Tentera Malaysia, Rescue 991, Bulan Sabit Merah, Polis Diraja Malaysia dan NGO telah sama-sama memberi bantuan kemanusiaan berupa keringat, makanan, minuman, pakaian, tikar dan sebagainya.

Ahli Baksri tidak terlepas daripada terkena banjir tersebut. Justeru, Baksri telah membuat tinjauan dan lawatan ke kawasan dan rumah-rumah ahli yang terkena banjir. Antara ahli yang terkena mangsa banjir ialah:

1. Encik Zamir Ambia
2. Encik Jamari Enen
3. Encik Maswardy
4. Encik Ladi Uteh
5. Encik Hafizi
6. Cik Refazila
7. Encik John Leevino ak. Patrick Tom
8. Pn. Aspakhairulnisa bt. Ahmad

Biro Kebajikan telah mengambil inisiatif mewujudkan ‘Tabung Derma Ikhlas Mangsa Banjir Ahli Baksri’. Tujuan tabung tersebut diwujudkan adalah untuk mengutip derma ikhlas di kalangan ahli-ahli Baksri untuk sama-sama membantu meringankan sedikit beban ahli Baksri yang menjadi mangsa banjir.

Tabung derma ikhlas tersebut telah dilancarkan pada 13 Januari 2009 dan berakhir pada 21 Januari 2009. Tabung tersebut telah mendapat persetujuan dan sokongan daripada Pengerusi Baksri dan Penaung Baksri. Dalam tempoh masa tersebut, jumlah terkumpul yang telah diperolehi ialah RM123.00. Tabung tersebut telah dibuka oleh Pengerusi Baksri, Encik Tamam Mahidi dengan disaksikan oleh Encik Emanuel Rake dan Encik Azis Sapali. Wang tersebut diserahkan kepada Bendahari Baksri untuk rekod.

Hasil daripada kata sepakat dalam mesyuarat bahawa, wang tersebut akan digunakan untuk membeli makanan asasi rakyat Malaysia dan diagihkan kepada Ahli Baksri yang terkena bah banjir.

No comments:

Post a Comment