Monday, October 29, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Antoo Fighter

Pada 28 Oktober 2012, pasukan 1 Team telah bertemu dengan Antoo Fighter dengan memperolehi kemenangan 19-1 mata. Pemain yang turun bermain adalah:
  1. Hasri Hamdan
  2. Khairul Amilin
  3. Khairil Fazly
  4. Mohd Noor Alhafizh
Nyamok bermain bagus. Beliau mendapat habuan bungkusan Tongkat Ali (4 Bagger), 1 air kotak besar (Turkey) dan mendapat RM1.00 (Double Strike). Milin dapat 1 air kotak besar (Turkey) dan RM2.00 (Double Strike). Dell dan Hasri masing-masing dapat RM3.00 (Double Strike). Mereka juga telah berjaya mendapat air tin setiap seorang satu (Beer Frame). Tahniah dan syabas!




Tuesday, October 23, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Gonjenk Team

Pada 21 Oktober 2012, pasukan 1 Team menentang pasukan Gonjenk Team dengan keputusan kita menang 15-5.  Antara pemain yang beraksi ialah:
  1. Khairil Fazly
  2. Engku Shahrulerizal
  3. Mohd. Huzaimi
  4. Jamal
Nyamok bermain dengan cemerlang dengan mendapat banyak habuan iaitu 2 botol besar Ribena (Bagger), 1 air kotak besar (Turkey) dan RM1.00 (Double Strike).  Engku pula mendapat 1 air kotak besar (Turkey) dan RM2.00 (Double Strike) manakala Jamal pula dapat RM2.00 (Double Strike).  Tahniah dan syabas!  Kekal dan teruskan semangat anda...!






Monday, October 8, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Brother Geng 2

Pada perlawanan menentang Brother Geng 2 yang mana salah satu kumpulan "Label Merah", kita 1 Team Strike & Spare telah berjaya memperolehi kemenangan dengan kutipan mata 13.5 berbalas 6.5.  Alhamdulillah dengan semangat berpasukan yang jitu kita berjaya mengalahkan mereka.  Barisan pemain yang beraksi pada perlawanan tersebut adalah:
  1. Mohd Noor Alhafizh
  2. Khairil Fazly
  3. Khairul Amilin
  4. Engku Shahrulerizal
Mohd Noor Alhafizh telah bermain cemerlang dengan mengaut banyak habuan iaitu beliau mendapat 1 tin biskut besar dan 3 air kotak besar.  Bermakna beliau mendapat sekali "bagger" dan 3 kali "turkey".  Engku Shahrulerizal pula mendapat sekotak air besar kerana mendapat sekali turkey.  Untuk "double strike" pula, Khairil Fazly berjaya mengumpul RM3.00, Khairul Amilin mendapat RM1.00 dan Engku Shahrulerizal mendapat RM1.00.  Bukan itu sahaja, mereka ini juga mendapat "Beer Frame" maka dapat lah seorang satu paket Milo daripada pihak Crystal Bowl.  Tahniah dan Syabas geng...!!!



Monday, October 1, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Team SOT

Pada perlawanan menentang pasukan Team S.O.T, pasukan kita menang dengan kutipan mata 14 - 6.  Ahli pasukan yang bermain pada malam tersebut ialah:
  1. Meg
  2. Milin
  3. Huzaimi
  4. Nyamok
Perlawanan malam tersebut agak getir jugak kerana pihak lawan tetiba je datang "heng" dan jumlah jatuhan pin pula dekat-dekat.  Tambahan pula seorang ahli pasukan 1 Team tetiba je nak kena asma.  Nasib baik dapat control.  Banyak juga yang dapat "Double Strike".  RM5.00 berjaya di kebas.  Meg mendapat RM2.00, Milin dapat RM1.00, Huzaimi dapat RM1.00 dan Nyamok juga dapat RM1.00.  Manakala 2 orang ahli pasukan yang mendapat "Turkey".  Meg dan Huzaimi berjaya membawa pulang air kotak besar.  Tahniah dan syabas kepada "1 Team Strike & Spare"!!!