Inilah dia Mama Dhiya, Isteriku. Cantik, dedikasi, bertanggungjawab, peka, rajin dan semualah... Seorang yang berkarier serta berkarisma di Jabatan Pertanian. Kerana sikap ketegasan, peka, rajin dan bertanggungjawab di pejabat menjadikan dia seorang yang disenangi dan dihormati oleh rakan-rakan.
Kalau dirumah, usah cakap lagi ler... pengurusan dirumah begitu teratur sekali. Wanita berkarier biasalah. Dah habis urusan di pejabat, urusan di rumah pula nak di atur. Rumah sentiasa dikemas, bersih dan sentiasa disapu. Pendek kata dalam sehari 4 kali menyapu. Pagi, tengahari, petang dan malam. Boleh lah dikatakan hobi isteriku ialah 'Mengemas' dan 'Menyapu'. Hinggakan tabiat isteriku merebak kepada anakku, Dhiya. Dimasa Mamanya berkemas, adalah juga Dhiya menyibukkan diri menolong Mamanya mengemas rumah. Hinggakan dengan aku-aku sekali diurus dan terurus. Akibatnya, jisim aku semakin meningkat.
Ya itu dia MAMA DHIYA...funny,happy go lucky & membuat saya & Awangku Azlan tak kering gusi...hi...hi...hi.... :) ~ POe
ReplyDelete