Thursday, March 12, 2009

Anakku Sayang


Inilah dia anakku sayang bernama Dhiya Maisarah (Sinaran Kesenangan). Semoga nama nya seiring dengan maksud pada masa depannya. Dilahirkan pada 30 Mac 2006. Kalau dilihat dari segi tarikh lahirnya, angka '3' adalah nombor tuahnya.


Gambar disebelah adalah gambar ketika berumur 2 tahun 2 bulan. Gambar tersebut telah diambil oleh seorang jurugambar bernama Rudy Iskandar pada 31 May 2008 ketika hari dan Majlis Persandingan Siti Norhalfiza dengan Mohd. Faizal di Simunjan. Gambar tersebut juga telah membawa tuah kepada anakku kerana, gambar tersebut telah dipilih dan memenagi hadiah 'Anak Dumex'. Hadiah yang dimenangi ialah sebuah kamera berjenama Panasonic Lumix LS80.


Manja, degil, kuat tetapi cantik. Itulah yang dapat diungkapkan. Suka menyanyi. Adakah tokoh menjadi artis? Terpulang. Asalkan ia memberi manfaat dimasa hadapan dan tidak melanggar hukum Agama.

No comments:

Post a Comment