Wednesday, November 18, 2009

Penyertaan Kempen Menderma Darah

Pada Rabu, 7 Oktober 2009, satu Kempen Derma Darah telah berlangsung di Dewan Politeknik Kuching. Penyertaan di kalangan Kakitangan Sokongan dan Akademik amat menggalakkan.


Memang ramai yang memberi sambutan dengan kempen ini. Tetapi tidak semua yang dapat menderma darah. Sebelum menderma, para penderma akan diperiksa terlebih dahulu taraf kesihatan. Sekiranya sihat dan mengizinkan maka akan dibenarkan menderma.


Dicucuk dengan jarum besar adalah satu kemestian. Dijamin tidak sakit. Bagi yang berani, cubalah.


Timbalan Pengarah, Puan Shamsuria telah memberikan ucap tahniah secara rasmi melalui email kepada seluruh warga Poli yang mana telah memberi sambutan kepada Kempen Derma Darah ini.

No comments:

Post a Comment