Monday, December 24, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs RG Grenade

Pada malam Ahad 23.12.2012, pasukan 1 Team bertemu dengan pasukan RG Grenade.  Kita menang tipis dengan pungutan mata 11-9.  Barisan pemain yang bermain pada malam tersebut adalah seperti gambar di bawah:


Pada game pertama dan kedua aksi agak hambar.  Dua pemain kita injured.  Tapi setelah di suntik dengan semangat, akhiranya bangkit pada game terakhir.  Pihak lawan nampak gusar.  Memang bersemangat.  Terbukti iaitu Milin dengan Dell mendapat habuan IndoCafe.  Juga, Dell dengan Mie dapat RM1.00 seorang.  Boleh lihat scoresheet dibawah:


Pada minggu hadapan kita akan bertemu dengan pasukan Titans.  Orait... geng... bersedialah... pastikan training dan aku nak Full Power... Jika kita menang, insyallah kita naik satu anak tangga.  Tahniah geng!!!

Wednesday, December 19, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Mixed Team

Pada hari Selasa, 18.12.2012 pasukan 1 Team telah bertemu dengan pasukan Mixed Team.  Pasukan 1 Team telah berjaya memungut mata kemenangan iaitu 13 - 7.  Walau pun kita menang namun kita turun ke tangga ke-4 liga.  Alhamdulillah kalau itu lah rezeki kita, maka ini lah hasil nya.  Tetapi kita masih ada peluang.  Masih ada 3 game lagi.  Dalam 3 game ini memang semestinya memerlukan komitmen dan betul-betul fokus.  Full power dude... Pasti ada tekanan.  Tapi tekanan itu akan diringankan dengan habuan-habuan.  Training dude....


Barisan pemain memang hebat belaka.  Dengan hasil habuan masing-masing.  Hasri mendapat Tongkat Ali Cafe (Bagger).  Milin dapat RM3 (Double Strike) dan Shahrulerizal dapat RM2 (Double Strike).  Rezeki geng... Tahniah dan syabas...!


Monday, December 10, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Macc Strikerz

Pada malam Ahad bertarikh 9 Disember 2012, pasukan 1 Team bertemu dengan Macc Strikerz dan berjaya memungut mata kemenangan iaitu 18 - 2.  Para pemain yang turun adalah:
  1. Engku Shahrulerizal
  2. Hasri
  3. Khairil Fazly
  4. Mohd. Noor Alhafizh
Pada malam tersebut ramai yang mendapat RM1.00 (Double Strike).  Engku dapat RM1.00, Hasri dapat RM3.00, Nyamok dapat RM2.00 dan Dell dapat RM1.00.  Dell dapat Bagger.  Dapat lah membawa pulang sebungkus Tongkat Ali.  Tahniah geng!!


Monday, December 3, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Jinjuriki

Pada Ahad, 2 Disember 2012 pasukan 1 Team Strike & Spare bertemu dengan pasukan Jinjuriki.  Mereka berjaya memperolehi mata kemenangan iaitu 12.5 - 7.5.  Ahli pasukan yang bermain adalah:
  1. Dayang Maslia
  2. Khairul Amilin
  3. Hasri
  4. Khairil Fazly
Kali ini Milin dengan Hasri berjaya mendapat sekotak air besar setiap seorang (Turkey).  Nyamok mendapat RM2 (Double Strike) dan Milin mendapat RM1 (Double Strike).  Tahniah dan syabas.  Berusaha lagi pada game yang akan datang.