Wednesday, February 24, 2010

Di Dalam Sungai Ada Sungai

Dimanakah sungai ini?

Ianya terdapat di satu tempat di Cenote Angelita, Mexico. Di sana terdapat gua yang di dalamnya terdapat sungai air tawar jika kita menyelam sedalam 30 meter. Namun begitu, jika kita menyelam sedalam 80 meter, maka kita akan dapati satu sungai yang terdapat di bawah sungai berkenaan yang berair masin. Ianya benar-benar menyerupai sebuah anak sungai yang mengalir dibawahnya. Rupa bentuk pokok-pokok jelas dari batang dan ranting pokok dari atas dataran yang tenggelam di dasarnya.

Penulis pernah menyelam sedalam 80 meter 'Scuba Diving' di Pulau Perhentian sewaktu berkhidmat dengan LKIM, boleh merasai bila melihat gambar berkenaan. 80 meter sebenarnya tidaklah begitu dalam namun kita akan merasai kesejukan air berlebih lagi jika ianya air tawar.

Yang anehnya, air masin berkenaan seolah-olah tidak bercampur dengan air tawar sungai berkenaan. Ianya mengalir seperti sungai-sungai biasa dipermukaan membentuk dan mengalir seperti biasa.

Para pengkaji mengatakan bahawa ianya bukan sungai tetapi ianya adalah lapisan Hidrogen Sulfida. Namun di sisi kita ianya sebahagian dari tanda-tanda kehebatan ciptaan tuhan yang juga bersabit dari firman diatas.

Al-Quran: Ar-Rahman ayat 19 - 21

[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20] Diantara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?







Keanehan Awan Di Uruguway