Friday, November 30, 2012

Konvokesyen Tabika Kemas

Pada 10 November 2012, Dhiya Maisarah menghadiri Majlis Konvokesyen Tabika Kemas Zon Santubong di One Hotel Santubong.  Tahniah Dhiya...!


Wednesday, November 28, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Zig Zag Pro

Pada malam Selasa 27 November 2012, 1 Team Strike & Spare telah berjaya memungut mata kemenangan iaitu 13 - 7.  Pada awal perlawanan memang agak sengit dan corak permainan kita agak hambar.  Namun pada game ke 2 dan ke 3, semangat geng-geng bangkit semula.  Pemain yang turun beraksi pada malam tersebut adalah:
  1. Mohd Huzaimi
  2. Khairul Amilin
  3. Engku Shahrulerizal
  4. Mohd Noor Alhafizh
Ketika semangat bangkit membara, ramai yang mendapat habuan.  Milin bermain cemerlang pada game ke 3.  Akibatnya beliau mendapat Bungkusan Tongkat Ali (4 bagger) dan air kotak besar (Turkey).  Dell pula berjaya mendapat Bungkusan Tongkat Ali (4 bagger) dan RM1.00 (Double Strike).  Huzaimi mendapat RM2.00 (Double Strike) dan Shahrul mendapat RM1.00 (Double Strike).  Tahniah 1 Team.  You all the best dude...


Tuesday, November 20, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs Unity Empire

Dalam perlawanan 1 Team menentang Unity Empire pada 19 November 2012, pasukan 1 Team Strike & Spare telah berjaya beroleh kemenangan dengan memungut mata 18-2.  Tiada seorang pun mendapat habuan Turkey dan Bagger.  Pemain yang bermain pada malam tersebut ialah:
  1. Hasri
  2. Khairil Fazly
  3. Engku Shahrulerizal
  4. Muhammad Soffian
Namun, ramai yang dapat double strike.  Antaranya Hasri mendapat RM1.00, Nyamok dapat RM3.00 dan Shahrul pula dapat RM1.00.  Syabas dan tahniah diucapkan.



Monday, November 19, 2012

Miza Damia binti Muhammad Abdullah

Kenal kitak orang anak yang diembak ya?  Ya lah anak arwah Sumi.  Nama nya Miza Damia Binti Muhammad Abdullah.  Mungkin ramei kitak orang sik kenal anak yatim tok.

Monday, November 12, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs The Dark Knight

Pada Ahad, 11 November 2012, pasukan 1 Team Strike & Spare telah bertemu dengan pasukan The Dark Knight.  Pihak lawan telah berjaya menewaskan 1 Team dengan pungutan mata 13-7.  Ahli yang turun beraksi adalah:
  1. Khairul Amilin
  2. Khairil Fazly
  3. Mohd Noor Alhafizh
  4. Hasri
Dell berjaya mendapat bungkusan Nescafe 3 in 1 (4 Bagger) dan RM1.00 (Double Strike).  Milin dan Nyamok juga mendapat RM1.00 (Double Strike) setiap seorang.  Tahniah!  Maka, dengan kekalahan ini berharap 1 Team tidak berputus asa untuk berusaha dengan sehabis baik untuk menebus kembali kekalahan dengan memungut seberapa banyak mata.  Banyakkan latihan.  Good luck 1 Team...!




Monday, November 5, 2012

Novice Foursome - 1 Team vs On Time

Pada Ahad 4 November 2012, 1 Team Strike & Spare telah bertemu dengan pasukan On Time. Kali ini kita menerima kekalahan dengan pungutan mata 8 - 12.  Ahli pasukan yang turun bermain adalah:
  1. Meg
  2. Milin
  3. Soffian
  4. Dell
Milin berjaya mendapat "Bagger" dan berjaya membawa pulang sebungkus minuman 3+1 Tongkal Ali.  Double Strike pula berjaya diperolehi oleh Meg (RM1.00), Soffian (RM2.00) dan Dell (RM1.00).  Semoga kekalahan yang diterima ini adalah sebagai pembakar semangat untuk membalas dan memungut balik 'Mata yang hilang'.